CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 4, 2008

Mutiara Kata....




"...lakukan sesuatu perkara dengan hati yang penuh ikhlas,

nescaya setiap perlakuan yang dilakukan akan dirahmati &

diberkati Allah s.w.t..."





"...jika hati sejernih air,jangan biar ia keruh

jika hati seputih awan,jangan biar ia mendung

jika hati seindah bulan,hiasi ia dengan I.M.A.N..."





"...kehidupan ibarat sebuah roda

adakalanya kita di atas,adakalanya di bawah

begitu juga halnya dengan kehidupan sebagai seorang manusia

tidak semua yang kita pikir positif jadi positif

tapi ape yang penting atasi ia dengan iman..."



"...air mata kerana Allah adalah 1 keberkatan

air mata kerana ibu bapa adalah 1 penghormatan

air mata kerana cinta adalah 1 penyesalan

air mata kerana sahabat adalah 1 pengorbanan..."



ruangan mutiara kata ini adalah sebagai pendorong atau menjadikan wadah sebagai suatu motivasi dalam menjalankan kehidupan kita sebagai seorang manusia.



Sunday, November 2, 2008

TAHUKAH ANDA??





No. 1 - Narrated 'Umar bin Al-Khattab: I heard Allah's Apostle saying, "The reward of deeds depends upon the intentions and every person will get the reward according to what he has intended. So whoever emigrated for worldly benefits or for a woman to marry, his emigration was for what he emigrated for." Runtuhkan berhala fanatisme dan materialisme. Ideologi manusia berbeza dan ia tidak boleh diubah melainkan jika mereka kembali kepada Kitabullah dan Hadis Rasulullah. Sifat keterbukaan dalam menuntut ilmu dan istiqamah dalam mencari kebenaran akan menyelesaikan segala pertelingkahan. Umat Islam patut bersatu daripada segala aspek, ketepikan perbezaan dan raikan persamaan yang wujud diantara kita.Setiap manusia akan diuji Allah swt dengan pelbagai ujian, semakin tinggi iman seseorang maka akan semakin besarlah ujian yang akan diberikan Allah swt. Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana, Dia tidak akan menimpakan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. Jangan sesekali menyalahkan Allah swt atas apa yang berlaku. Apabila kita menghadapi sesuatu perkara, contohnya kesedihan ditinggalkan orang yang paling disayang, maka jadikanlah kesedihan itu sebagai satu cara untuk kita meningkatkan iman kita kepada Allah swt. Selagi mana kita masih menghadapi kesukaran, maka selagi itulah Allah swt sentiasa mengambil berat kepada kita. Dikurniakan kita dengan pelbagai ujian supaya kita tidak alpa dengan dunia dan kembali kepadaNya. Hasbiyallah...Di dalam hidup manusia, perasaan di antara lelaki dan wanita merupakan suatu perkara yang hakikat. Jika perasaan itu melampaui batasan, mereka akan mula melupakan siapakah dan dimanakah Yang Maha Mencipta. Dunia ini segalanya adalah ujian daripada Allah swt, bersabarlah menghadapi dugaan dan yakinlah yang janji Allah swt itu akan pasti berlaku. Jangan sampai keluargamu, anak-anakmu, isterimu, dan kekayaanmu menyebabkan kamu lupa kepada Allah swt.Setiap perbuatan akan dibalas dengan balasan yang setimpal, alangkah indahnya jika balasan itu hanya ditimpakan oleh Allah swt di dunia ini, dan kemudian ia diambil lalu dijadikan pengajaran oleh hambaNya. Acapkali manusia lupa akan sifat Allah swt Yang Maha Pemurah, mereka tidak mampu mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan benar, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.