CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 17, 2009

UNIT MUTIARA RASULULLAH

KEHIDUPAN YANG SEDERHANA
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:"Kezuhudan merupakan pertaruhan bagi seorang mukmin." Baginda s.a.w. pernah berkata:"Allah s.w.t. telah menawarkan kepadaku hendak menukarkan bukit-bukau diMekah menjadi emas tetapi aku menadahkan tangan ku kepadaNya sambil berkata:"Ya Allah, aku suka makan pada satu hari dan berlapar pada hari berikutnya supaya aku dapat mengingatiMu apabila lapar dan memuji-mujiMu serta mensyukuriMu apabila kenyang."
Pada suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w.telah berpisah selama sebulan daripada isteri-isterinya kerana salah seorang daripada mereka telah menyinggung perasaannya. Selama sebulan Baginda s.a.w. tinggal berseorangan dalam sebuah bilik. Suatu khabar angin yang tersebar dikalangan para sahabat mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah menceraikan isteri-isteri Baginda s.a.w..
Apabila Umar r.a.hu mendengar berita angin tersebut, dia pun berlari-lari kemasjid. Setibanya dia dimasjid ia dapati sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sedang duduk termenung dan kesedihan jelas terbayang diwajah mereka. Meninggalkan mereka,Umar r.a.hu berjalan pula kerumah anaknya Hafsah yang menjadi isteri Nabi Muhammad s.a.w.Dia mendapati Hafsah menangis-nangis didalam biliknya. Dia bertanya:"Mengapa kamu menangis? Bukankah selama ini aku telah melarang kamu supaya jangan melakukan sesuatu yang mungkin menyinggung
perasaan Nabi Muhammad s.a.w.?"
Kemudian dia berjalan kemasjid sekali lagi. Kelihatan olihnya beberapa orang sahabat sedang menangis berdekatan dengan mimbar.Disini dia duduk bersama-sama sahabat yang lainnya tetapi oleh kerana terlalu sedih dia bangun lalu berjalan kearah bilik Nabi Muhammad s.a.w. yang terletak ditingkat atas masjid itu. Dia mendapati Rabiah, seorang hamba, sedang menduduki tangga bilik itu. Melalui Rabiah, dia meminta izin hendak berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w.tidak melahirkan sepatah katapun sebagai menjawab permintaannya. Permintaannya untuk menemui Nabi Muhammad s.a.w.dibuat beberapa kali dan hanya pada kali yang ketiga sahaja Nabi Muhammad s.a.w. mengizinkan dia naik. Apabila ia masuk, ia dapati Nabi Muhammad s.a.w. sedang berbaring diatas sekeping tikar yang diperbuat daripada daun pokok tamar. Kesan-kesan tikar itu jelas kelihatan berbekas dibadan Nabi Muhammad s.a.w.Berdekatan dengan Baginda s.a.w. terdapat sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang dan yang disumbat dengan kulit-kulit pohon tamar.
Umar r.a.hu bercerita:
"
Saya menyampaikan salam kepadanya lalu bertanya: 'Sudahkah Tuan menceraikan isteri-isteri Tuan?" Bagimda s.a.w. menafikan perkara itu. Saya merasa agak lega sedikit dan sambil berseloroh saya mengatakan:"Ya Rasulullah, kita kaum Quraish selamanya telah menguasai wanita-wanita kita tetapi keadaan berlainan sungguh dengan orang-orang Ansar. Mereka dikuasai wanita-wanita mereka sehingga wanita-wanita kita telah terpengaruh." Nabi Muhammad s.a.w.. tersenyum mendengar kata-kata saya yang agak lucu itu. Selepas itu saya memerhati keadaan didalam bilik itu. Saya lihat ada tiga keping kulit binatang yang telah disamak dan sedikit barli disuatu sudut. Selain dari itu tidak ada sesuatu apa pun. Saya lalu menangis. Nabi Muhammad s.a.w. bertanya:"Mengapa kamu menangis?" Saya menjawab:"Betapa tidak, Ya Rasulullah, saya sedih melihat bekas-bekas tikar yang Tuan tiduri dibadan Tuan dan sedih melihat keadaan bilik ini. Semuga Allah s.w.t. mengurniakan Tuan dengan bekalan-bekalan yang lebih banyak. Orang-orang Parsi dan Rumawi yang tidak menyembah Allah s.w.t. mempunyai raja yang mewah. Mereka hidup ditaman yang ditengah-tengahnya mengalir anak-anak sungai sedangkan Pesuruh Allah s.w.t. hidup didalam keadaan serba miskin."
Semasa saya mengeluarkan kata-kata tadi, Nabi Muhammad s.a.w.. sedang bersandar dibantal, Baginda s.a.w. lantas bangun dengan serta merta dan berkata:"Wahai Umar, nampaknya kamu masih didalam keraguan. Kesenangan dan keselesaan hidup yang bakal kita perolehi diakhirat nanti sudah tentu lebih baik daripada apa yang terdapat didunia ini. Kalau didunia ini mereka hidup senang dan mewah, keadaan akan berubah diakhirat kelak. Disana kita yang akan menikmati segala-galanya."Mendengar kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.saya berasa kesal lalu berkata:"Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah s.w.t. agar Dia mengampuni saya. Saya telah bersalah didalam hal ini."
Seorang hamba Allah telah bertanya kepada Aishah mengenai tikar bantal Nabi Muhammad s.a.w. Jawab Aishah:"Ianya terdiri dari sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang yang diisikan dengan kulit-kulit pohon tamar." Soalan yang sama dikemukakan kepada Hafshah. Dia menjawab:"Ianya terdiri dari sehelai kain tarpal yang dilipat dua. Pada suatu hari, untuk memberi keselesaan kepada Nabi Muhammad s.a.w.saya telah menghamparkan kain itu berlipat empat. Pada esok paginya itu Nabi Muhammad s.a.w. bertanya:"Apakah yang awak hamparkan untuk saya malam tadi?" Saya menjawab:"Kain yang sama tetapi berlainan lipatannya." Nabi Muhammad s.a.w.berkata:"Lipatkannya seperti dahulu. Keselesaan yang bertambah itu akan menghalangkan Tahajjud."
ABU HURAIRAH DAN KELAPARAN
Pada suatu hari, Abu Hurairah telah membersihkan hidungnya dengan sehelai setangan yang cantik. Kemudian dia bercakap seorang diri:"Ah, lihat akan Abu Hurairah! Dia membersihkan hidungnya dengan menggunakan setangan yang cantik. Teringat aku semasa aku biasanya berbaring diantara mimbar dengan rumah Nabi Muhammad s.a.w.. Orang menyangka yang aku sedang menghidapi penyakit sawan tetapi yang sebenarnya aku sedang menderita kelaparan."
Abu Hurairah mengalami kelaparan selama beberapa hari sehinggakan kadangkala kelaparan yang dialaminya itu cukup dahsyat hingga dia jatuh pingsan. Orang yang melihat keadaannya menyangka dia terkena penyakit sawan. Pada masa itu penderita-penderita penyakit sawan diubati dengan cara meletakkan kaki dilehernya. Penderitaan Abu Hurairah ini berlaku semasa Islam mula bertapak ditanah Arab. Apabila Islamtelah tersebar dengan luasnya, keadaan hidupnya agak mewah dan suka menunaikan sembahyang-sembahyang Nafilah. Dia mempunyai sebuah uncang yang penuh dengan biji-biji buah tamar yang digunakannya untuk berzikir. Dirumahnya sentiasa terdapat orang yang sibuk bersembahyang
.
ABU BAKAR DAN WANG SARANYA DARI BAITULMAL
Sebelum menjadi Khalifah, Abu Bakar r.a.hu menjadi seorang peniaga kain. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, dia telah dilantik sebagai Khalifah. Pada keesokan harinya, dengan kain-kain tersebai ditangannya, dia berjalan menuju kepasar kerana hendak berniaga seperti biasa. Dalam perjalanannya itu dia telah menemui Umar.
Umar bertanya: "Kemana kau, Abu Bakar?"
Abu Bakar menjawab: "Ke pasar."
Umar berkata: "Kalau kamu berniaga, siapa yang hendak menjalankan tugas-tugas Khalifah?"
Abu Bakar: "Bagaimana saya hendak menyara keluarga saya?"
Umar: "Marilah kita berjumpa dengan Abu Ubaidah yang menjaga Baitulmal supaya dia menentukan wang sara untuk mu."
Kedua-dua mereka telah berjumpa dengan Abu Ubaidah yang menetapkan wang sara sebanyak yang biasanya diberikan kepada seorang muhajir.
Pada suatu hari isterinya berkata kepada Abu Bakar: "Saya ingin memakan suatu masakan yang manis"
Abu Bakar: "Aku tak ada wang."
Isterinya: "Kalau awak izinkan saya akan cuba menjimatkan wang perbelanjaan kita hari-hari untuk membolehkan saya menyediakan masakan itu."
Abu Bakar pun bersetuju. Apabila wang itu telah terkumpul selepas beberapa hari, isterinya pun menyerahkan wang itu kepada Abu Bakar supaya dia membeli bahan-bahan untuk masakan itu.
Kata Abu Bakar: "Nampaknya wang sara yang saya perolehi dari Baitulmal melebihi keperluan kita."
Wang yang dikumpulkan itu dimasukkan kembali ke dalam Baitulmal
Aishah r.a.hu mengisahkan: "Apabila Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah, dia telah berucap kepada orang ramai. Katanya: "Kamu sedia maklum yang saya mencari nafkah dengan berniaga. Keuntungan yang saya perolehi cukup untuk memenuhi keperluan saya, tetapi sekarang saya terpaksa menumpukan masa yang sepenuhnya untuk menguruskan negara. Oleh yang demikian wang sara saya terpaksa saya dibayar dari Baitulmal."
Mengikut Anas apabila Abu Bakar meninggal, yang ada padanya hanyalah seekor unta betina, sebuah mangkuk dan seorang hamba. Kata sahabat-sahabatnya yang lain dia telah meninggalkan juga sehelai hamparan. Apabila Umar menggantinya sebagai Khalifah, barang-barang ini semuanya diserahkan kepadanya. Umar berkata: "Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat atas Abu Bakar. Dia telah menunjukkan jalan yang sukar diikuti oleh pengganti-penggantinya."
KASIH SAYANG RASULULLAH S.A.W DAN KEMISKINAN
Seorang hamba Allah telah datang berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata:"Ya Rasulullah , saya sangat-sangat cintakan Tuan." Baginda s.a.w. menjawab:"Eloklah kamu berfikir dengan teliti terlebih dahulu." Kata orang itu:"Saya telah pun berfikir. Saya sangat-sangat kasihkan Tuan, Ya Rasulullah ."Baginda s.a.w. menjawab"Berfikirlah dahulu sebelum membuat ikrar yang sedemikian." Orang itu berkata lagi:"Ya, saya masih cintakan Tuan, Ya Rasulullah." Baginda s.a.w.berkata:"Baiklah, kalau ikrar yang kamu lahirkan tadi betul-betul ikhlas, bersedialah untuk menghadapi kesusahan yang akan menimpa kamu dari segala arah. Orang yang cintakan aku akan dikejar oleh kesusahan secepat air yang mengalir."