Friday, February 20, 2009
Thursday, February 19, 2009
deMI masa
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."
Posted by Pencari Ilmu at 8:14 PM 1 comments
Labels: ruhana
SePanDang Kilas
semakin berjalan,semakin kerdil diri ini di bumi Allah
semakin sempit masa,semakin hilang diri kita di mayapada
mungkinkah ini tndanya kita sangat berdosa
di mana kita sekarang???
siapa kita???
bagaimana penamatnya hidup sebagai manusia???
mengapa masih ramai mereka yang tidak menyedari hakikat kebenaran?
mengapa masih ramai mengejar erti sebuah kemewahan dan populariti?
sedarkah kita?insafkah kita?
begitu banyak petanda-petanda Allah
sedarkah bahawa tanda-tanda itu bukan hanya 1 bencana semata-mata
tapi merupakan suatu peringatan
supaya kita tidak terlalu leka dengan kenikmatan dunia
yang tidak memberi apa-apa makna
perhalusi lah wahai hamba Allah dengan setiap kejadian di sekeliling kita
setiap yang berlaku ada makna yang tersirat disebaliknya....
"TEPUK DADA TANYA AKAL"
.....andalah yang menentukan segala-galanya...
Posted by Pencari Ilmu at 7:56 PM 0 comments
Labels: ruhana
Hayati...
"Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu memimpin kamu dengan menurut kitab Allah alQuran dan Sunnah Nabi kamu saw." (Muslim)"
Posted by Pencari Ilmu at 7:43 PM 0 comments
Aku Seorang Hamba
Posted by Pencari Ilmu at 3:42 PM 0 comments
Monday, February 16, 2009
Tuesday, February 10, 2009
KISAH YANG MENUNJUKKAN KETAQWAAN
Ajaran-ajaran mengenai taqwa yang terkandung didalam kitab suci Al-Quran dan Hadith tidak dapat dibentangkan secara keseluruhannya buat masa ini namun kepentingan taqwa sudah tentu tidak dapat diragui. Tanpa taqwa segala kejayaan batiniah sudah pasti tidak tercapai. Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Perasaan takutkan Allah s.w.t. merupakan sumber kebijaksaan."
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah"(AL-RAHMAN-37)
Dengarlah kata Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Baginda s.a.w. mengenai perasaan takut akan Allah s.w.t..
Abu Sulaiman Darani:"Kecelakaan bagi jiwa yang kosong dengan perasaan takut kepada Allah s.w.t.."
Nabi Muhammad s.a.w.:"Ada dua jenis titisan yang sangat-sangat dihargai Allah s.w.t..Titisan air mata kerana takutkanNya dan titisan darah yang ditumpahkan kerana berjuang dijalanNya."
Posted by Pencari Ilmu at 2:05 AM 0 comments
























